Friday, April 11, 2014

Smart Brain Chocolate

Pemakanan yang sihat membantu tumbesaran anak-anak kita. Sebagai ibu bapa, saya juga sentiasa mencarai dan mencuba pelbagai produk makanan yang sihat untuk kedua putera saya. Saya juga pasti semua ibu bapa seperti saya sayang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Kekadang tu sanggup membelakangkan kehendak sendiri demi kepentingan anak-naka tersayang..betul tak?

So hari ni saya nak share dengan kawan-kawan satu makanan tambahan untuk anak-anak iaitu :-


SMART BRAIN CHOCOLATE
 
 
So far produk ini menampakkan kesan untuk anak-anak saya terutama anak yang pertama Muhammad Aqiel Nazhan, sebab dia seorang yang susah nak fokus bila belajar, tapi sekarang ni senang untuk ingat apa-apa yang dia belajar. Untuk anak saya yang kedua pula Muhammad Arriq Wajihuddin sebelum ni pantang kalau makan coklat mesti susah nak poo poo, tapi coklat ni "serasi" dengan dia sebab walaupun dah makan coklat ni 3-biji tapi masih boleh "poo poo" seperti biasa. Mungkin disebabkan Lactobasillus Acidophilus yang ada dalam coklat tu yang membantu Arriq dalam proses pencernaannya..
 
Sekiranya ada kawan-kawan yang berminat boleh la call saya 013-9834574 or boleh call terus pengeluar produk ni Pn. Dee/Pn. Sabariah 013-9275906/013-9833697. Kalau nak harga special or berminat nak jadi agen kena call/sms no yang saya senaraikan di atas. Semoga mendapat manfaat bersama..


Thursday, March 27, 2014

Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik

Hari ni saya nak share 20/501 tips yang diberikan oleh Robert D.. Ramsey untuk empertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah
mudah iaitu:-
"Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh."

Tips:-
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Semoga info ni bermanfaat untuk kita semua sebagai ibu bapa.. :)

Monday, March 24, 2014

Penantian MH370 untuk kembali berakhir 24032014

Semalam apabila PM DS Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman yang MH370 disahkan terhempas di lautan Hindi based on data yang dikeluarkan oleh AAIB (Air Accidents Investigation Branch) UK, hati ni rasa amat-amat sayu mengenangkan bagaimana penerimaan keluarga penumpang dan juga cabin crew MH370..Dapatkah mereka menerima kenyataan ini?Apakah reaksi mereka?

Tapi as a Muslim kita kena terima segala ketentuan Allah..Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. REDHA merupakan pilihan terbaik ketika ini..BERDOA supaya mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Oleh itu segala persoalan yang bermain difikiran selama dua minggu lebih ini terlerai..Cuma harapan agar kota hitam ditemui secepat mungkin bagi merungkai kejadian sebenar yang mengakibatkan MH370 terhempas. Ya Allah permudahkan pencarian ini..Ameen..

Link dibawah untuk mendengar pengumuman daripada PM DS Najib Tun Razak semalam..
https://www.youtube.com/watch?v=_Y4eHgC7zx4